Bila beli betik dan rasa manis, ramai yang akan ambil biji benihnya dan kemudian tabur ditanah.

Memang hidup tapi jangan hairan kalau selepas pokok dah tinggi tapi tak juga berbuah. Sebabnya tak pilih biji benih.

Sebenarnya untuk tanam betik dari biji benih kita kena pilih dulu biji benihnya supaya pokok yang ditanam berbuah bukan berbunga saja tapi tiada hasil.

Pemilihan biji benih betik ini dikongsi oleh Ardi Tani.

Tip pilih biji benih betik supaya pokok berbuah

Nak tanam benih betik jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina yang mana jantan seawal biji benih lagi. Caranya;

  1. Gambar di atas adalah biji benih dari separuh buah betik. Yang sebelah KIRI warnanya hitam dan yang KANAN warnanya hitam pudar sikit. Kebiasaannya yang biji benih hitam gelap adalah betina dan yang hitam pudar adalah jantan.

2. Untuk hasilkan buah kita semai yang belah KIRI (benih betina)
Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah KANAN (benih jantan)

3. Selepas pilih sebelum semai basuh untuk buang selaput luar dan jemur hingga kering. Ini dapat dapat 30 biji benih.

IKLAN

4. Bila biji benih dah kering, semai dalam tray, medium cocopeat.

IKLAN

5. Apabila anak pokok dah ada 3-4 daun boleh alih ke polibeg atau atas tanah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ardi Tani