Masakan berasas tempoyak memang banyak, antara yang disukai ramai adalah tempoyak ikan patin. Ada beberapa cara memasaknya tapi yang ini adalah original dari Pahang.

Resipi asal dari negeri ini dikongsi oleh Ieda Ida. Cara masaknya tak guna banyak bahan hanya kunyit, cili, tempoyak dan daun kesum. Tapi rasanya memang terangkat.

Cara masak tempoyak ikan patin original dari Pahang

Cara masak original ini dari Pahang;
Tak letak bawang
Tak letak serai
Tak letak bunga kantan
Tak letak bawang putih

Hanya empat bahan digunakan selain ikan iaitu;
-Cili
-Kunyit
-Daun kesum
-Tempoyak

IKLAN

Cara memasak:

1. Tumbuk cili dengan kunyit, kuantiti cili ikut tahap kepedasan yang diingini.

2. Masukkan ikan, daun kesum dan tempoyak dalam periuk/kuali (kuantiti tempoyak juga ikut kepekatan yang kita suka). Boleh juga masukkan timun tua jika suka.

IKLAN

3. Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat tadi.

4. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan secukup rasa. Siap

IKLAN

Selain ikan patin, boleh juga guna ikan talapia, kembung, kerisi, tenggiri), ayam, tulang pun boleh.

Selamat mencuba.

Sumber: Ieda Ida