Spageti bolognese antara hidangan spageti yang kita suka dan selalu dihidangkan di rumah. Tapi nak mudah kita biasa guna sos segera dalam tin. Umum tahu sos segera ini bukanlah sihat apa lagi jika kerap dimakan.

Ada juga yang tak gemar makan sos segera ini kerana rasanya yang lebih masam dan penuh bahan perasa. Bagi yang mahu hidangan lebih sihat, boleh saja hasilkan sendiri sos ini guna tomato segar. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.

Buat sendiri sos bolognese guna tomato segar

1. Guna lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.

6. Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.

IKLAN

7. Boleh masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

8. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.

IKLAN

Siap. Rasanya kurang masam dan berasid berbanding sos bolognese segera.

Boleh guna lebih banyak tomato dan reneh lebih lama untuk kuah yang lebih pekat.

Selamat mencuba.

Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI