Sebelum ini kecoh hidangan daging harimau menangis. Tapi yang yang dikongsi oleh Sarina Seman ini lagi special.

Ayam meraung! Katanya berinspirasikan  resipi daging bakar Thai tapi ditukar bagi  disesuaikan dengan mereka yang suka makan ayam. Makan dengan sos pedas memang boleh mengalir air mata.

Ayam Bakar Meraung Ala Thai Siap Dengan Sos Pedas

Bahan-bahan:

Ayam – potong 4, guna bahagian peha dan betis, buang tulang.

Bahan perapan :

IKLAN

Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak

Cara membuat ayam bakar:

  1. Kisar semua bahan perapan dan lumur pada ayam.

2. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Boleh perap dan simpan di bahagian chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

3. Untuk bakar ayam, panaskan non stick pan. Kemudian letak sedikit minyak  bakar dengan api kecil. Boleh juga gunakan oven.

IKLAN

Bahan untuk sos pencicah:

Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng -tumbuk atau kisar
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)

Cara membuat sos:

Satukan semua bahan dan sesuaikan rasanya. Lebihkan cili jika mahu rasa pedas. Hidangkan dengan ayam bakar yang dihiris.

IKLAN

Boleh makan dengan nasi atau ratah dan cicah dengan sos. Ayam ini juga sesuai untuk yang berdiet.

Selamat mencuba.

Sumber: Sarina Seman